Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

09 November 2010

KEJUARAAN SILAT KEBANGSAAN KALI KE 15

TAJUK: KEJUARAAN SILAT KEBANGSAAN KALI KE-15

TARIKH: 2 hingga 7 November 2010

TEMPAT: Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak

ANJURAN: PESAKA Negeri Perak dengan kerjasama PESAKA


Pengurus Pasukan: Cikgu Ejat

Jurulatih: Cikgu Halim Hamit & Cikgu Tina Eryana


Peserta:


1) Kategori Tanding (Silat Olahraga)


Putera

A - Haslam

B - Rafizi (MIzi Tesco)

C - Rizki

D - Ridwan (Jambul)

G - Izhar


Puteri

A - Cikgu Mieza

B - Asmira UPNM

C - Cikgu Syazreen

E - Nor Azliana (Angah)

Bebas - Ummi Suhaida (Kak Long)


2) Seni


Ganda Puteri - Cikgu Syazreen dan Cikgu Mieza

Regu Puteri - Cikgu Syazreen, Cikgu Mieza dan Nurakmal (Alang)


KEPUTUSAN PERTANDINGAN

1) Kategori Tanding


Putera A – PSGFM lwn Johor (kalah pusingan awal 1-4)


Putera B – PSGFM lwn Melaka (menang pusingan awal 5-0)

Putera B – PSGFM lwn PSSLM (kalah suku akhir 0-5)


Putera C – PSGFM lwn ATM (kalah pusingan awal 0-5)


Putera D – PSGFM lwn Kedah (kalah pusingan awal 0-5)


Putera G – PSGFM lwn Negeri Sembilan (kalah suku akhir 0-5)


Puteri A – PSGFM lwn Kedah (menang pusingan awal 5-0)

Puteri A – PSGFM lwn Selangor (menang suku akhir 3-1)

Puteri A – PSGFM lwn Terengganu (kalah separuh akhir 1-4)


Puteri B – PSGFM lwn Selangor (menang pusingan awal 4-1)

Puteri B – PSGFM lwn WPKL (menang suku akhir 3-2)

Puteri B – PSGFM lwn PSSGM (kalah separuh akhir 0-5)


Puteri C – PSGFM lwn WPKL (menang pusingan awal 5-0)

Puteri C – PSGFM lwn Pahang (menang suku akhir 5-0)

Puteri C – PSGFM lwn Kedah (kalah separuh akhir 0-5)


Puteri E – PSGFM lwn Terengganu (kalah pusingan awal 0-5)


Puteri Bebas – PSGFM lwn Johor (kalah pusingan awal 1-4)


2) Kategori Seni


Ganda Puteri – Keempat

Regu Puteri – Keempat


KEPUTUSAN PENUH: 3 Gangsa


Sekalung tahniah kepada Cikgu Mieza, Cikgu Syazreen dan Asmira kerana memenangi pingat gangsa dalam kategori masing-masing.


Ucapan tahniah terima kasih kepada Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang telah menganjurkan bacaan doa slamat dan majlis penyerahan bendera untuk pasukan sebelum berlepas ke kejuaraan.


Ucapan terima kasih Cikgu Halim yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan memberi bimbingan kepada para pesilat.


Semoga kejuaraan yang akan datang, PSGFM akan mendapat keputusan yang lebih baik daripada tahun ini.


FATANI NUSA BAKTI


Disediakan oleh:

IZHAR BIN MAT ISA