Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

06 Jun 2010

PENGUMUMAN 2 - UJIAN PENILAIAN SILAT 2010

Ujian Penilaian Silat Tahun 2010 akan diadakan pada 8 Ogos 2010 (Ahad) di Kompleks Muhibah Taman Nirwana. Butiran Ujian Penilaian Silat adalah seperti berikut:

1. Yuran Ujian dan Bayaran Bengkung Mengikut Peringkat.

a) Bengkung Putih ke Bengkung Biru - RM20.00 + RM8.00 (Bengkung) = RM28.00

b) Bengkung Biru ke Bengkung Cokelat - RM20.00 + RM8.00 (Bengkung) = RM28.00

c) Bengkung Cokelat ke Bengkung Kuning - RM30.00 + RM8.00 (Bengkung) = RM38.00

d) Bengkung Kuning ke Bengkung Hijau - RM40.00 + RM8.00 (Bengkung) = RM48.00

e) Bengkung Hijau ke Bengkung Merah - RM50.00 + RM10.00 (Bengkung) = RM60.00

f) Bengkung Merah ke Bengkung Merah I - RM50.00

g) Bengkung Merah I ke Bengkung Merah II - RM50.00

h) Bengkung Merah II ke Bengkung Merah III - RM50.00

i) Bengkung Merah III ke Bengkung Hitam - RM70.00 + RM10.00 = RM80.00

Catatan
- Pesilat dikehendaki membayar sekurang-kurangnya yuran ujian selewat-lewatnya seminggu sebelum ujian.
- Yuran Ujian termasuk sijil tamat tahap (bagi pesilat yang lulus sahaja).
- Bayaran untuk bengkung boleh dibuat selepas lulus ujian.
- Semua pesilat digalakkan menabung mulai sekarang.


2. Butiran Ujian Penilaian Silat.

a) Bengkung Putih

- Bunga (7 langkah)
- Jurus (7 langkah)
- Buah Pukulan (5 buah pukulan dengan kaedah sangga dan tapak 1)
- Tempur Beladiri (aplikasi kaedah sangga dan tapak 1)

b) Bengkung Biru

- Bunga (14 langkah)
- Jurus (14 langkah)
- Buah Pukulan (5 buah pukulan dengan kaedah tampan dan tapak 2 garis selari)
- Tempur Beladiri (aplikasi kaedah tampan dan tapak garis 2 selari)

c) Bengkung Cokelat

- Bunga (16 langkah)
- Jurus (16 langkah)
- Buah Pukulan (5 buah pukulan dengan kaedah elak)
- Tempur Seni (Tapak Empat, Lilitan, Galah Panjang dan 3 serang bela seni - tikam, parang dan tetak)
- Tempur Beladiri (aplikasi kaedah elak dan tapak melintang dan sejajar)

d) Bengkung Kuning

- Bunga (14 langkah)
- Jurus (14 langkah)
- Buah Pukulan (5 buah pukulan dengan kaedah elak dan tangkis)
- Tempur Seni (Tapak Empat, Lilitan, Galah Panjang dan 3 serang bela seni - tikam, parang dan tetak)
- Tempur Beladiri (aplikasi kaedah elak dan tangkis serta langkah serong)


e) Bengkung Hijau

- Bunga (15 langkah)
- Jurus (15 langkah)
- Buah Pukulan (5 buah pukulan dengan kaedah elak, tangkis dan tangkapan)
- Tempur Seni Tak Rancang (Tapak Empat, Lilitan, Galah Panjang dan 3 serang bela seni - tikam, parang dan tetak)
- Tempur Beladiri (aplikasi kaedah elak, tangkis dan tangkapan)
- Tempur Bertekung/Tekong 1 lawan 3 bersenjatakan parang (1 pusingan sambut serangan, 1 pusingan buah pukulan dan 1 pusingan jatuhan)

f) Bengkung Merah

- Bunga
- Belebat
- Buah Pukulan (Penyerang Aktif dengan 3 tangan kosong dan 3 menggunakan parang)
- Bunga Bengkung Biru
- Jurus Bengkung Biru

g) Bengkung Merah I

- Buah Pukulan (Penyerang Aktif dengan 3 tangan kosong dan 3 menggunakan parang)
- Tempur Seni Senjata (keris dan golok)
- Tempur Beladiri (parang)
- Tempur Bertekung/Tekong 1 lawan 5 bersenjatakan parang/keris (Penyerang Aktif)

h) Bengkung Merah II

- Belebat dengan 2 senjata (golok)
- Tempur Tak Rancang Tangan Kosong
- Tempur Tak Rancang Keris
- Tempur Tak Rancang Golok (Buah Perang)
- Tempur Tak Rancang Parang (Buah Persembahan)
- Lompat Anak Harimau (halangan 3 orang sujud)

i) Bengkung Hitam

- Ulangkaji pelajaran Bengkung Cokelat dengan menggunakan senjata keris (bunga, jurus, buah pukulan, Tempur Seni dan Tempur Beladiri)

Diharap semua pesilat membuat persiapan rapi untuk ujian. Kepada pesilat yang sudah memakai bengkung merah dan ke atas, semua dikehendaki berpakaian lengkap dengan samping dan tajak corak kain batik.